Perpustakaan SMK SU




PUSAT SUMBER SMK SENTUL UTAMA merupakan unit berfungsi sebagai penyokong dan pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar SMK SENTUL UTAMA.
Mula beroperasi pada 2010 dengan hanya lebih kurang 1000 naskah buku, kini ia mempunyai sejumlah hampir 8000 naskah. Bahan-bahan AVA seperti CD, dan CD Rom juga boleh diperolehi.



Perpustakaan sekolah adalah dilengkapi dengan penghawa dingin. Ia dilengkapi dengan komputer dan pelbagai jenis buku. Terdapat majalah dan bahagian folio. Pelajar boleh meminjam sebuah buku pada satu masa dan perlu menunjukkan I-kad yang akan diimbas oleh pengawas perpustakaan.
Di perpustakaan ini, guru-guru dan para pelajar boleh membaca buku, mencari buku rujukan dan meminjam buku. Terdapat sebuah tempat rujukan dan buku 'red spot'. Buku untuk kelas peperiksaan dan buku mahal atau buku khas karya agung, karya besar boleh dijumpai di bahagian 'rujukan'. 




Waktu Operasi

HARI
WAKTU
         ISNIN - KHAMIS
8.00 pagi - 4.00 petang
JUMAAT
8.00 pagi – 12.40 petang


  
Lokasi dan Kapasiti:
Perpustakaan ditempatkan disebuah bilik khas yang lengkap berhawa dingin. Dengan  berkeluasan 4 bay. Pusat Sumber terbahagi kepada 3 bilik khas iaitu Bilik Media, Bilik Seminar (PINTU B) dan Pusat Sumber (PINTU A). Bilik BBM merangkumi bilik GPM, Bilik Data NILAM di tingkatyang sama berdekatan dengan Pintu B PSS.
Bilik tersebut terletak di Tingkat 2 Blok Akademik dan dilengkapi dengan semua perabot dan peralatan untuk pembelajaran kendiri, berkumpulan atau secara kuliah rasmi.
Pusat sumber ini mampu menempatkan sehingga seramai 70 orang pengguna pada satu-satu masa.
Tanda arah keselamatan telah disediakan pada pintu keluar dan tangga terdekat.

 
Koleksi Perpustakaan:
Semua buku dan bahan AVA yang ,bekalkan adalah berdasarkan kepada bidang pengajian yang ditawarkan di SMKSU ini. Ini termasuklah buku-buku rujukan dan untuk pinjaman dalam bidang-bidang
 
Koleksi ensiklopedia, bukan fiksyen, fiksyen dan karya-karya am juga boleh 
diperolehi untuk menambah ilmu pengetahuan.


Sistem Pengkelasan Pepustakaan Dewey:

 Bahan-bahan bacaan disusun pada rak mengikut Sistem Pengkelasan Dewey iaitu:
  000    Umum
  100    Falsafah & Psikologi
  200    Agama
  300    Sains Sosial
  400    Bahasa
  500    Sains Tulen dan Matematik
  600    Teknologi
  700    Seni
  800    Sastera
  900    Geografi dan Sejarah